hye!
Harini aku nak cerita pasal gambar yang kat bawah ni haaa.. Budak budak kecik yang aku rasa diorang ni sebahagian besar daripada cerita cinta aku. Semua ni anak anak abang dgn kakak aku. Kiranya aku ni makcik diorang lahh. haish.. makcik dah aku. jap lagi nak jadi mak orang dah. haisshhh ~~
![]() | |
| Husna Syafiya, Alya Zahra, Rayhan Syarif, Razin Syafi. |
Jadi aku nak la jugak berborak dengan enkorang ni pasal diorang nih semua. Selamat menikmati kasih sayang dari hati.
RAYHAN SYARIF
![]() |
| baru lepas kena BOTAKKK! xD |
Inilah dia Rayhan Syarif bin Mohd Rostam. Dia nih cucu pertama dalam keluarga aku. Sekarang umur dia dah 4 tahun tapi aku tak tahu lah kenapa dia nih takboleh betul hidup tak pakai pampers. Hahaha, tapi aku yakin lama lama dia eloklah tuu. Dia ni umur dua tahun dah kenal huruf A-Z, dah kenal nombor 1-20, dah hafal alif, ba, ta. Alhamdulillah syukur, dengan didikan mak dia dari dalam perut lagi dah biasakan dengar zikir, selawat dan benda benda yang positif. Mak dia pun jenis yang jaga makan kalau tengah mengandung. Dan aku kadang kadang kagum, sebab dari dalam perut lagi dah diberi ajaran macamtu, bila dah keluar, dimudahkan segalanya. menghafal, membaca, mengira. Alhamdulillah. bagus mak budak nih. a.k.a kakak no 3 aku. hahahaha.
Budak ni kalau enkorang nak tahu,basically dia tak reti cakap melayu tapi london dia memamg power ahh kalah aku yang nak amek muet nih. hahaha. mak dia bukannya hantar budak ni pergi mana mana pun. Cukup setakat kau bukak youtube tuh, kau kasi dia dengar nursery ryhme sampai dia hadam, sampai dia hafal. Kalau setakat nak mintak susu tu, london speaking je dia dgn aku.
"Maiti, can u please do me some favour? Rayhan nak hot chocolate milk."
haaaa, hengkau nak jawab hapee?? hahaha, tapi aku adore gila dia nih sebab nampak sangat cara dia nak beajar something tuh, memang sungguh sungguh. Kalau korang tahu LINGUAPHONE. (kot tak silap) dia ada satu CD tuh yang boleh kita tengok untuk improve UK English. kalau aku yang tengok konfirm belum sempat apa apa aku dah kroookk kroookk dulu. Haishh memang bosan lahh. Tapi si Rayhan nih, tengok dia pehh macam tengok cerita feveret aku (Robocar Poli). hahahha. dia siap dekatkan telinga kat speaker untuk dengar secara jelas apa yang orang dalam CD tuh cakap. Dannn, dia suka dengar ulang ulang banyak banyak kali. And the result was, masa aku tengah masak masak kat, dia datang kat aku cakap..
"Can you show me the way to the bus stop please?"
" You go straight then turn left. You'll see the bus stop on your right."
Wehh seriuss ni aku tak tipuuu, fluent gilaaaa dia cakap. lagi satu convers nih dia hapal..
"Excuse me, have you got a garage?"
"No, I haven't got a garage."
Memang totally LONDON sumpah tak tipuuu. hhahahahahaa. Kadang kadang aku ternganga jugak ah nak hadam apa yang di cakap tuh. kalau enkorang nak borak pasal dgn dia, make sure your UK English dapat band 6 MUET. hahahhahha.
![]() |
| dia yang volunteer nak pakai. haahaaha |
Tahun depan dah 5 tahun dah budak nih. dah besar dah dia. haihh, aku pulak yang sedih. mana tak nya, dah aku yang mandikan dia, suap dia makan, tidurkan dia, basuh berak kencing budak ni bila mak bapak dia pergi kerja, tup tap tup tap dah besar, dah nak sekolah. Rayhan, maiti doakan kau bila dah besar, jadilah anak yang soleh dengar cakap umi dengan papa. jadi orang yang berguna.
sincerely, aku sayang sangat kat kau budak. :")
![]() |
| Tata semuaaa :) |



